Siapa pengimport kenderaan EV Shineray di Malaysia?

Padu Mutiara Sdn Bhd, sebuah syarikat bumiputra, ialah pengimport dan pengedar tunggal Kenderaan EV Shineray di Malaysia

Dari mana kenderaan EV Shineray diimport?

Padu Mutiara Sdn Bhd, mengimport kenderaan EV Shineray dari Chongqing, China. Berikut ialah video mengenaai syarikat tersebut.

Apa yang dimaksudkan dengan EV?

EV ialah ialah kependekan kepada Electric Vehicle yang bermaksud Kenderaan Elektrik.

Ada berapa jenis kenderaan EV?

Setakat ini ada 4 jenis EV:

  • BEV – Battery Electric Vehicle (tiada combustion engine) / perlu cas bateri
  • HEV – Hybrid Electric Vehicle  (ada combustion engine) / tak perlu cas bateri
  • PHEV – Plug-in Hybrid Electric Vehicle (ada combustion engine) / perlu cas bateri
  • FCEV – Fuel-cell Electric Vehicle (tiada combustion engine) / tak perlu cas bateri

Apa yang menggerakkan kenderaan EV?

Motor elektrik yang akan menggerakkan kenderaan ke depan dan ke belakang untuk semua Kenderaan EV. Motor mendapat kuasa elektrik dari bateri. 

Mengapa mesti cas bateri Kenderaan EV?

Bateri Kenderaan EV ialah ibarat minyak untuk kenderaan petrol. Setelah di-isi, barulah boleh bergerak. Jika kapasiti tangki minyak petrol menggunakan liter, kapasiti simpanan kuasa bateri ialah kilo Watt hour atau kWh

Bagaimana untuk mengecas bateri kenderaan EV?

Bateri EV boleh dicas di beberapa tempat:

  • Menggunakan alat Pengecas Dinding yang dipasang khas di kawasan parkir rumah atau Kondo untuk mengecas bateri Kenderaan EV. 
  • Menggunakan alat Pengecas Mudahalih yang disediakan oleh pengedar kereta
  • Menggunakan Stesen Pengecas yang disediakan di Stesen Minyak serta dikawasan Parkir Pasaraya, Hotel, Pejabat, Lapangan Terbang sebagainya

Biasanya bateri kenderaan EV dicas sehingga 80% penuh dengan laju. Setelah 80%, sistem pengecasan menjadi perlahan. 

Sila bawa Kabel Pengecas sendiri kerana banyak stesen pengecas tidak menyediakan Kabel Pengecas. 

Jenis Soket & Plug Pengecas EV Malaysia

Ada beberapa jenis Pengecas EV yang ada di pasaran dunia. Jenis yang diluluskan di Malaysia dan di Eropah sebagai standard pilihan ialah Type 2 Charger dari outlet 240V.  

 


Berapa lama masa untuk mengecas bateri kenderaan EV sehingga penuh?

Ini bergantung pada kapasiti bateri Kenderaan EV. Kapasiti bateri pelbagai kenderaan EV  dalam pasaran ialah dari 35kWh sehingga 110kWh. Untuk Kenderaan EV Shineray, kapasiti bateri ialah 42kWh. 

  • Jika menggunakan DC Charger di Stesen Minyak, ia mungkin memakan masa 20 hingga 30 minit
  • Jika menggunakan AC Charger bersaiz besar di Stesen Minyak, ia mungkin memakan masa 2-3 jam
  • Jika menggunakan Wall Charger (Pengecas Dindinig) di rumah, ia mungkin memakan masa 4-6 jam
  • Jika menggunakan Pengecas Mudahalih, ia boleh memakan masa sehingga 12 jam

Bagaimana untuk membaca tahap bateri?

Sama seperti kenderaan petrol dan diesel yang mempunyai meter menunjukkan tahap minyak, kenderaan EV mempunyai meter yang memberi petanda peratusan kapasiti bateri. Meter juga akan mempaparkan baki jarak yang boleh dipandu untuk kenderaan. 

Apa tindakan terbaik apabila tahap bateri jadi rendah?

Apabila tahap bateri hanya tinggal 20% sahaja, sebaik-baik tindakan ialah untuk mencegas semula bateri EV anda di lokasi pengecas terdekat. 

Kenderaan EV biasanya mempunyai sistem automatik penjimatan apabila tahap bateri rendah atau hanya tinggal baki 10%. Sistem penghawa dingin akan terhenti dan kelajuan akan dihadkan tidak melebihi 60-70 km/jam secara automatik. Ini bagi membolehkan anda mencari stesen pengecas terdekat sebelum kehabisan bateri.

Jika anda tidak sempat mengecas dan kenderaan anda terhenti, anda ada 3 pilihan:

  • Cari lokasi terdekat soket letrik dinding biasa dan gunakan pencecas “3-pin Mobile Charger” yang biasanya disediakan bersama kenderaan EV. Ini akan memakan masa dalam 2 atau 3 jam sehingga anda dapat cukupkan kapasiti bateri anda untuk bergerak semula. 
  • Buat panggilan kepada penyedia DC Charger Bergerak yang terdekat. Khidmat ini masih belum meluas, maka agak mahal tapi bateri EV anda akan menjadi penuh dalam masa 30minit atau kurang. 
  • Gunakan khidmat “towing” untuk bawa kenderan EV anda kepada lokasi stesen pengecas terdekat.

Apa jadi jika saya sangkut dalam jam?

Sama seperti kenderaan petrol dan diesel, Kenderaan EV akan menggunakan kapasiti bateri sebagai kuasa. Semasa memandu Kenderaan EV, yang banyak mengguna kuasa bateri ialah motor elektrik yang memacu roda. Ketika kenderaan terhenti, kuasa elektrik tidak banyak digunakan. Ia hanya digunakan untuk penghawadingin dan module elektronik dashboard

Scroll to Top