Stesen Mengecas EV
Pada masa ini ada lebih kurang 1,000 stesen pengecas untuk kenderan EV di seluruh Malaysia.
Untuk mencari stesen, cara yang paling mudah ialah dengan menggunakan beberapa Apps percuma yang boleh dimuatturun untuk telefon bimbit melalui GooglePlay atau Apple App Store. Antaranya ialah:
- ChargEV (Ada hampir 400 stesen)
- JOMcharge
- ParkEasy
- PlugShare
Semua App Telefon Bimbit di atas boleh digunakan untuk mencari dan membayar untuk pengecasan.